RSS

Selamat Hari Lahir Ibu

29 Mar

BISMILLAH

Dengan Nama Allah kumulakan penulisan ini

Semoga memberi kesedaran kepada saya yang menulis dan anda yang membaca

Tiada lain harapan saya melainkan agar penulisan ini dikira ibadah kepada-Nya

 

…Dirimu anugerah Ilahi yang tiada ganti…

Alhamdulillah

 
Biarlah malam ini saya menulis coretan kasih kepada ibu yang tersayang khas sempena hari lahir ibu.
 
Ibu adalah satu anugerah Allah yang sangat tinggi nilainya.Dirimulah yang satu waktu dahulu bersusah payah menahan keperitan sewaktu melahirkan anakmu ini yang mana ibu terpaksa melakukan pembedahan kerana kasih dan sayangmu.
 
Begitu tinggi sekali kasih sayangmu wahai ibu,yang mana selama ini aku buta sehingga tidak dapat melihat betapa besarnya pengorbananmu demi anakmu ini.
 
Anakmu tahu bahawa anakmu ini tidak mampu untuk membalas pengorbananmu itu ibu melainkan anakmu ini cuba dengan memberikan belaian kasih sayang.
 
Puisi untukmu IBU…….
 
 
Hadirmu melengkapkan hidup ini wahai ibu
Dirimu telah menahan perit melahirkan
Dirimu telah menahan tidurmu demi mendodoikan anakmu ini
Dirimu telah mencurahkan kasihmu kepada anakmu ini
 
Terima Kasih Ya Allah
Hadiah-Mu ini sangat bernilai
kerana dialah yang melahirkan aku
dan dialah yang menyusukanku
 
Keseoranganku disini berdoa buatmu
bersujud tanda kesyukuran kepada-Nya
semoga Allah selalu melimpahkan kasih-Nya yang tak kunjung malap
untukmu ibu yang berhati mulia
 
Diawajahmu tidakku lihat riak penat
walaupun dirimu terpaksa menjaga kami beradik
kerna ku tahu dirimu seorang yang gagah
dan menjaga kami penuh kasih
 
air mataku mengalir saat menulis coretan ini
kerana mengenangkan pengorbananmu wahai ibu
yang tidak pernah kenal erti lelah dalam kehidupan ini
semoga Allah mencintaimu wahai ibu
 
hari ini hari lahirmu
tiada hadiah bernilai yang aku hadiahkan
melainkan untaian doa untukmu
semoga cinta-Nya luas kepadamu
melebihi luasnya cintaku kepadamu
 
~Selamat Hari Lahir Ibu~
 
 
 
 
 
 
Tinggalkan komen

Posted by di 29/03/2011 in Coretan Hati, Istimewa

 

Label: ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: