RSS

berpakaian ke..??

31 Mar

BISMILLAH

Dengan Nama Allah kumulakan penulisan ini

Semoga memberi kesedaran kepada saya yang menulis dan anda yang membaca

Tiada lain harapan saya melainkan agar penulisan ini dikira ibadah kepada-Nya

 

...berpakaian tapi berbogel...

 
Sewaktu berada di dalam kelas tadi,seorang teman saya yang bergama Kristian memberitahu kepada saya berkenaan seorang guru Islam yang bergerak melimpasi kelas kami.
 
“..Ish,tak guna ba perempuan Islam pakai tudung tapi pakai baju ketat-ketat..nampak juga ‘shape-shape’ dia”
 
Saya agak terkejut dengan kata-kata teman saya itu yang saya rasa dia lebih tahu tentang cara berpakaian seorang muslimah dalam Islam walaupun dirinya seorang lelaki.
 
Saya segera mengaitkan hal itu dengan hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud
 
 
“Dua kelompok ahli neraka yang belum aku lihat: Satu kaum bersama mereka cemeti-cemeti seperti ekor unta, mereka memukul manusia dengannya. Dan wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, berjalan melenggok, tidak taat kepada Allah, kepala mereka seperti pundak unta yang condong. Wanita-wanita ini tidak masuk surga dan tidak pula mencium bau surga, padahal baunya surga dapat dihidu sejauh perjalanan sekian sekian”. (Hadits Riwayat Imam Muslim)
 
Fenomena ‘berpakaian tapi telanjang’ ini sudah dapat kita lihat dimana-mana sahaja.Fenomena yang telah merebak ke jiwa anak-anak muslimah muda pada hari ini semakin parah dek tiadanya pengawasan ketat dan kurangnya pengetahuan agama serta culas dalam melaksanakan suruhan Allah.
 

Kurangnya Asas Hidup
 
Ya.Kerang atau ampuhnya asa kehidupan seseorang adalah punca utama terjadinya trend ‘berpakaian tapi telanjang’ ini.
 
Islam telah mengariskan panduan dalam berpakaian setiap muslim yang mana ia adalah satu tuntutan hukum yang sangat bermanfaat untuk umat Islam.
Allah menyuruh setiap perempuan Islam agar menutup aurat dengan sempurna dengan mengenakan tudung yang menutupi dada,pakaian yang tidak menampakkan bentuk badan serta pakaian yang pakaian yang tidak jarang.
 
Firman Allah s.w.t.
 
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
 
(Surah An-Nur : 31)
 
Ayat Allah ini telah mengingatkan bahawa setiap perempuan Islam perlulah menjaga kehormatan mereka dengan tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang dinyatakan Allah.
 
Malangnya,pada dunia yang semakin maju dek kepesatan teknologi dan pembangunan,ramai akhlak dan adab umat Islam semakin mundur kebelakang menuju ke era jahiliyyah pada zaman moden hari ini.
 
Nabi s.a.w. telah meninggalkan keda kita Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup bagi mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat,namun ramai yang mengetepikan hukum dan cara hidup Islam yang sebenarnya.Inilah yang menjadi punca jatuhnya nilai moral dan akhlak dalam diri umat Islam hari ini.
 
Contohnya ibadah solat.Solat yang diwajibkan Allah kini dianggap remah oleh banyak pihak.Padahal solat merupakan bentang utama kita dari perbuatan keji dan mungkar.Ini telah dinyatakan oleh Allah telah firman-Nya yang bermaksud:
 
“…Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar….”
 
(Surah Al-Ankabut :45)
 
 
Jadi,binalah asas kehidupan kita dengan cara hidup Islam yang sebenar-benarnya.Kerana semua itu adalah peraturan yang diciptakan oleh Tuhan yang telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang terbaik untuk makhluk-makhluk-Nya.
 
Sikap Endah tak Endah
 
Sikap endah tak endah ini adalah antara punca kejatuhan nilai moral dalam jiwa umat Islam hari ini.Sikap sesetengah wanita Islam yang menganggap berpakaian labuh,tidak jarang,tidak menampakkan bentuk badan adalah sesuatu yang remah telah mengakibatkan tercemarnya otak minda wanita Islam hari ini.
 
Mereka menganggap bahawa menggunakan tudung sahaja sudah memadai padahal ada lagi ‘sudut-sudut’ lain yang perlu diambil berat dalam hal menutup aurat.
 
Golongan ini sangat merbahaya kerana dalam diri mereka,mereka merasakan bahawa diri mereka telah lengkap dan betul dan mereka mungkin akan menjadi tarikkan wanita Islam lain.Ini menyebabkan masyarakat bukan Islam tidak tertarik dengan Islam dan tidak melihat keindahan dalam diri penganut Islam.Mana tidaknya, trend berpakaian tapi telanjang merupakan trend orang-orang kafir.Cuma,perempuan Islam yang mengikut trend itu menggunakan tudung dan ada yang lensung tidak mengenakan tudung.Orang bukan Islam tidak dalam melihat kelainan dalam agama Islam dengan agama mereka.
 
Sikap endah tak endah mereka ini sememangnya telah mendatangkan kesan buruk dalam diri mereka sendiri dan menyebabkan masyarakat memandang serong kepada mereka dan lebih malang lagi mendapat kemurkaan daripada Allah S.W.T.
 
 
Penutup:Kembalilah
 
Kembalilah…
 
Kembalilah kejalan yang sebenarnya.Islam telah lengkap sempurna mengatur tatacara hidup setiap penganutnya.Alangkah malunya kita jika tidak mengambil Islam sebagai cara hidup dan kita lebih mengagungkan cara hidup kafir yang buruk.
 
Al-Quran dan Sunnah ditinggalkan untuk difahami dan diikuti,bukan hanya digunakkan untuk dibaca begitu sahaja.
 
Matahari masih lagi terbit melalui timur,dan terbenam melalui barat.Janganlah apabila matahari terbit di barat baru kita hendak menyesal atas perbuatan kita.Pintu taubat masih terbuka luas.
 
Dan ingatlah bahawa syaitan musuh utama kita dan selamanya akan memusuhi kita.Firman Allah s.w.t.
 
 
“Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu?, dan hendaklah kamu menyembah-Ku. inilah jalan yang lurus.
Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antaramu. Maka apakah kamu tidak memikirkan?”
(Surat Yasin : 61-62)
 
 
 
Hakikatnya,kita seperti bulan.Bulan kelihatan hodoh apabila tanpa cahaya,tapi bulan kelihatan indah sekali apabila bulan terang benderang dengan cahaya dari matahari.
Kita juga seperti itu,kita tanpa cahaya Islam akan hina dan buruk,tapi apabila kita mempunyai cahaya Islam maka kita akan kelihatan indah.
 
Maka,sama-samalah kita mengambil Islam sebagai jalan kehidupan.
   
 
Tinggalkan komen

Posted by di 31/03/2011 in Hukum, isu semasa, Remaja, wanita

 

Label: , , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: