RSS

Tetapkan Matlamat Kita

08 Apr

BISMILLAH

Dengan Nama Allah kumulakan penulisan ini

Semoga memberi kesedaran kepada saya yang menulis dan anda yang membaca

Tiada lain harapan saya melainkan agar penulisan ini dikira ibadah kepada-Nya

 

...semoga tepat mengenai matlamat kita...

 
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
 
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku”
 
(Surah Adz-Dzariyat : 56)
 
Saya mulakan dengan firman Allah diatas sebagai titik utama tentang tajuk yang bakal dibahasakan.
 
Firman Allah s.w.t. diatas sering kali saya dengar sewaktu saya bersama-sama kumpulan usrah saya.Mengingatkan diri yang sering alpa ini tentang matlamat kehidupan kita dimuka bumi Allah ini.
 
Pada mulanya saya terfikir adakah maksud ‘beribadah’ dalam ayat tersebut adalah tentang solat.Maka dalam fikiran saya bagaimana ini boleh dilakukan.?
 
Owh,rupanya sangkaan saya meleset sama sekali.Islam yang indah ini tidak hanya menyentuh tentang kerohaniaan semata-mata tapi menyeluruh.Ini kerana Islam adalah satu-satunya agama yang sah dan agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t. yang memenuhi fitrah manusia itu sendiri.
 
Tepatkah Matlamat Kita?
 
Pada zaman kini,jika kita mampu menyoal semua manusia dimuka bumi ini tentang matlamat mereka sudah tentu kita bakal mendapatkan jawapan yang berbeza antara orang yang benar-benar mantap keimanannya kepada Allah dan orang yang tidak beriman kepada Allah.
 
Orang-orang kafir sudah tentu matlamatnya hanyalah untuk mendapatkan kekayaan dunia,kemewahan,duit yang melimpah,dan banyak lagi yang sama sekali tidak mempunyai ikatan dengan kepercayaan.
 
Sebagai seorang muslim,kita sudah ditetapkan matlamat kita oleh Allah iaitu beribadah kepada-Nya.Dalam hal ini,kitalah yang mencorakkan kehidupan kita untuk mencapai matlamat hidup kita tersebut.Jika seseorang itu membawa dirinya kepada jalan yang salah maka sudah tentu dirinya semakin jauh dari matlamat sebenar.Oleh itu kita semua ditinggalkan dengan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan kita supaya tidak sesat untuk mencapai matlamat hidup kita.
 
Ibadah merupakan asas utama dalam Islam.Solat misalnya merupakan tiang agama yang menjadi sebagai titik tolak kepada penerimaan amalan kita dihadapan Allah kelak.Selain solat,kita juga boleh jadikan kehidupan kita sebagai ibadah jika niat kita benar-benar tulus dan ikhlas kerana Allah.
 
Sebagai contoh kita hendak pergi kesekolah,maka untuk menjadikan masa selama hampir 7 jam di sekolah sebagai ibadah adalah dengan mengikhlaskan hati kita semata-mata untuk menuntut ilmu pengetahuan dan untuk mendapatkan keredhaan-Nya.
 
Jadi,marilah kita kembalikan posisi sasaran kita kepada matlamat yang sebenarnya iaitu beribadah kepada Allah.Kita jadikan kehidupan kita seperti seorang pengemudi bahtera di lautan luas untuk mencapai matlamatnya iaitu tiba di daratan dengan selamat.
 
Kehidupan dan Matlamat
 
Dalam menjadikan kegiatan harian kita menepati matlamat tersebut (beribadah) adalah bergantung kepada niat kita melakukan perkara tersebut.
 
Niat merupakan point utama dalam usaha mencapai matlamat kehidupan kita.
Daripada Umar bin al-Khattab r.a, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:“Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju Allah dan Rasul.Sesiapa yang berhijrah untuk mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).

Hari ini ada sesetengah pihak yang keliru dengan apa yang dikatan sebagai niat.Ada yang mengatakan niat itu adalah ucapan seperti “sahaja aku……..”.Hakikatnya itu hanya merupakan ucapan yang diucapkan.Niat sebenarnya adalah keazaman seseorang untuk melakukan sesuatu dengan bertitik tolak Allah sebagai matlamat utama.

Dr Yusuf Al-Qaradhawi pernah berkata  “Niat ini adalah amalan hati semata. Bukan amalan lidah…..”.

Oleh itu,dalam menjadikan setiap perbuatan kita adalah ibadah kepada Allah adalah bergantung dengan niat kita.Hendaklah kita melakukan setiap perkara itu semata-mata kerana Allah dan bukannya dilakukan semata-mata untuk mendapatkan atau untuk kepentingan lain selain keredhaan Allah.

Sebagai contoh kita hadir ke satu majlis ilmu di masjid.Apakah kehadiran kita itu adalah untuk menuntut ilmu dan supaya mendapat redha Allah atau kita pergi semata-mata diajak oleh teman kita.Jadi,kualiti yang didapat di majlis ilmu tadi bergantung kepada niat seseorang itu.

Alangkah ruginya kita jika setiap amal perbuatan kita selama ini tidak disertakan niat kerana Allah.Jadi,merilah kita sama-sama kembali betulkan niat kita untuk mencapai matlamat utama kita iaitu beribadah kepada Allah s.w.t.

Penutup

Jelas bahawa matlamat kita itu sudah diterangkan dalam ayat mulia Allah Surah Al-Maidah ayat 3 iaitu kehidupan adalah untuk beribadah kepada Allah.

Ibadah bukan sahaja menyentuh tentang aspek solat semata-mata,namun menyentuh mengenai keseluruh aspek kehidupan kita bermula dari kita bangun tidur di pagi hari hingga kembali tidur dimalam hari.

Semoga kita mencapai matlamat sebenar hidup seorang muslim.

~Catatan Seorang Hamba~

 

 
 
 
 
Tinggalkan komen

Posted by di 08/04/2011 in Tazkirah

 

Label: ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: