RSS

Kembalilah Islam !

13 Apr

BISMILLAH

Dengan Nama Allah kumulakan penulisan ini

Semoga memberi kesedaran kepada saya yang menulis dan anda yang membaca

Tiada lain harapan saya melainkan agar penulisan ini dikira ibadah kepada-Nya

 

..Carilah Jalan Yang Benar..

 Alhamdulillah

Hari ini sekali lagi berpeluang menulis sedikit coretan untuk bersama.

Beberapa hari ini,negeri Sarawak telah dilandai ‘tsunami’ politik yang agak kuat.Poster-poster parti bertanding kini sudah kelihatan dipasang di seluruh tempat.Di Bandaraya Miri,setiap pagi ketika saya hendak ke sekolah,kami akan disambut dengan bendera BN dan juga parti pembangkang.Tidak lupa juga slogan-slogan seperti ‘Satu Malaysia=Sapu Malaysia’ ‘BN makin rasuah,Rakyat makin susah’…Hahaha..Macam-macam ada.Belum lagi pergi ke Bandar yang mana mata tidak akan terlepas dari melihat poster-poster dan bendera parti.

Ops,harap tidak terlebih pulak..Heheh..

Selamat Membaca….

Al-Quran Kitab Agung

Firman Allah s.w.t.:

“Dan (Ingatlah) pada hari (ketika) Kami bangkitkan pada setiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri,dan Kami datangkan engkau(Muhammad) menjadi saksi atas mereka.Dan kami turunkan Kitab (Al-Quran) kepadamu untuk menjelaskan segala sesuatu,sebagai petunjuk,serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri(Muslim)”

(Surah An-Nahl :89)

Ayat 89 surah An-Nahl ini memberitahu kepada kita bahawa Allah telah menurunkan Al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk menjelaskan segala sesuatu,sebagai petunjuk,serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang beriman.

Namun apa yang telah berlaku pada hari ini?.

Firman Allah s.w.t.

“Dan Rasul (Muhammad) berkata:’Wahai Tuhanku,sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini diabaikan”

(Surah Al-Furqan : 30)

Jadi,amat benarlah Firman Allah itu.Hari ini Al-Quran telah diabaikan dan diketepikan.Kemuliaan kandungan Al-Quran sudah dicemari oleh tangan-tangan manusia itu sendiri.Malah kebanyakkannya adalah dari pemimpin Islam dan umat Islam itu sendiri.

Inilah akibatnya apabila kemewahan didahulukan dan kedudukan diutamakan.Ayat-ayat Allah hanya diambil secebis-secebis hanya untuk digunakan dalam sesetengah perkara yang juga tidak Islam secara seluruhnya. Hari ini,ayat-ayat Allah hanya dirujuk dalam soal perkahwinan,penceraian dan pembahaian harta pusaka.

Tentang hukum jual beli,sistem ekonomi,sistem pemerintahan,sistem sosial,sistem pendidikan,hukum Hudud dan banyak lagi telah dipandang enteng oleh sang pemerintah.Perkara seperti itu sama sekali tidak dipandang melalui sudut pandangan Islam.Semua itu tidak sama sekali dirujuk melalui firman-Nya padahal Al-Quran telah mengandungi seluruh panduan tersebut.

Pemerintahan Islam

Kita sepatutnya beruntung kerana memiliki seorang Nabi yang bukan sahaja sebagai seorang Nabi tapi juga sebagai seorang pemerintah Islam yang pertama.

Sewaktu hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah,baginda telah mendirikan sebuah negara Islam pertama di dunia yang menggunakan Al-Quran sebagai panduan utama.Segala isi kandungan Al-Quran telah dilaksanakan di negara Madinah.

Setelah kewafatan baginda s.a.w.,kepimpinan ini diterajui oleh 4 orang sahabat iaitu Saidina Abu Bakar,Saidina Umar Al-Khattab,Saidina Uthman dan Saidina Ali.Khalifah Ar-Rasyidan ini telah menyambung pemerintahan Islam yang dibangunkan oleh Rasulullah s.a.w.

Pemerintah Islam perlulah melaksanakan setiap hukum Allah dengan menggunakan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan utama dalam pemerintahan.Kita telah melihat betapa besarnya empayar Islam satu ketika dahulu dibawah pemerintahan sang Khalifah.

Berbeza dengan hari ini,negera umat Islam telah berpecah belah.Pemerintah Islam hari ini semuanya tunduk taat kepada kekufuran daripada tunduk taat kepada Allah.

Jadi,kalau kita lihat kekuatan umat Islam satu masa dahulu adalah disebabkan umat Islam yang bersatu dibawah satu bumbung yakni Khilafah dengan berteraskan Al-Quran dan Sunnah.Hari ini,amat sedih kerana empayar Islam yang kuat satu masa lalu hanya tinggal sejarah dan kenangan. 

Sejak jatuhnya empayar Islam pada zaman Khalifah Uthmaniyyah,maka tidak ada sebuah negara lagi di dunia ini yang melaksanakan hukum Islam dengan sepenuhnya.Baik negera itu berlebelkan Islam pada zahirnya.

Jadi,marilah sama-sama kita kembalikan kesatuan ummah dibawah pemerintahan Islam sepenuhnya dengan berpandukan Al-Quran dan Sunnah.Makmurkan bumi Allah dengan pemerintahan Islam.Semoga rahmat-Nya selalu melimpahi rakyat dibawah pemerintahan Islam.

Berita gembira untuk orang beriman dari Allah.Firman-Nya yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”

(Surah Muhammad : 7)

 

 

 

 

 

 

 

Label: ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: