RSS

Hebatnya Dia,Lemahnya Diri Ini

17 Apr
 

 

BISMILLAH

Dengan Nama Allah kumulakan penulisan ini

Semoga memberi kesedaran kepada saya yang menulis dan anda yang membaca

Tiada lain harapan saya melainkan agar penulisan ini dikira ibadah kepada-Nya

 
 
Alhamdulillah,
 
Pertama sekali,syukur kepada Allah kerana telah memudahkan segala perjalanan kami rombongan Ahli Lembaga Koperasi sekolah yang melawat ke Borneo Tropical Rainforest Resort bersama dengan 3 orang guru berserta puan pengetua..:)

 
Perjalanan sejauh 31 KM dari Bandaraya Miri dan memakan masa selama 1 jam tersebut terdiri daripada 5 orang pelajar lelaki dan 3 orang pelajar perempuan.Pelbagai peristiwa menarik dapat dilihat sepanjang perjalanan dan sudah tentunya apabila kaki menjejak dihadapan pintu utama Borneo Tropical Rainforest.:)

Apabila saya mula masuk ke kawasan ini,hati saya terus terdetik mengakui betapa besarnya keagungan Allah dan kerdilnya diri ini dihadapan-Nya.Terbentang dihadapan mata bukit bukau dan pemandangan yang cukup menarik.Betapa indah sekali ciptaan Allah terhadap alam ini untuk manusia berfikir tentangnya dan mengakui akan kebesaran-Nya.

Firman Allah s.w.t.

“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar.”

(Surah Al-Fussilat : 53 )

Diari:Hari Pertama

Sewaktu tiba disana kira-kira jam 2 petang,kami lantas bergerak ke bilik.Pelajar lelaki ditempatkan disatu bilik yang sama dengan nilai semalan berharga RM 750 (setelah ditambah dgn perkara lain).Seperti biasa,bila masuk ke bilik hotel yang pertama sekali ialah berebut tempat tidur.Hahaha.

Setelah berkemas dibilik,kami semua naik ke tingkat lima untuk menikmati minum petang di One Tree Hill Cafe yang sangat menarik.Kafe yang cantik dan perkhidmatan yang sangat baik.

 
Seronok rasanya dapat duduk semeja bersama semua teman-teman sambil bercerita didalam kafe yang kelihatan seperti berada diatas pokok kerana kita akan dapat melihat bahawa sebenarnya kafe ini berada diatas sebuah cerun yang tinggi.

 
Dalam masa yang sama,dapat belajar tentang alam sekeliling yang mungkin susah untuk dinikmati di kawasan bandar.Alam sekaliling juga mengajar kita supaya selalu berfikir tentang kekuasaan Allah s.w.t.
 
Firman Allah s.w.t.

 

“Dan dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan Maka kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.”
Setelah menikmati minum petang di tempat yang cantik,kami teruskan perjalanan untuk melakukan aktiviti pertama kami iaitu Boating.Best oww..Haha..Menaiki dan mendayung sampan didalam tasik memang agak sukar kerana tiada pengalaman dan tidak berapa pandai dalam mengawal pergerakan sampan.
 
Tasik itu terdapat banyak jenis ikan-ikan yang mahal sehingga ada RM 600 sekilo.
 
Dan,setelah mendayung bersama dengan kawan-kawan serta para guru,kami seterusnya bergerak ke tempat yang paling menyeronokkan iaitu Water Park.Jangan fikir tengah-tengah hutan tidak ada water park..:)
Dari jauh kedengaran bunyi teriakan pengunjung-pengunjung yang sedang bermain di Water Park.Sangat seronok dan masih belum puas.!
 
Semasa bermain di Water Park,hanya kami pelajar yang bermandi manda.Haha.Kalau pengunjung yang mula tadi bising di sana,kini kehadiran kami membuatkan tempat itu bertambah bising.Hampir semua pelapung menjadi ‘hak’ kami.Haha.Pantang nampak pelampung terapung-apung didalam kolam,pasti akan diambil menjadi ‘hak’ kami.Haha.Bak kata teman saya, ‘Hilang akal’ bila berada disana.
 
Setelah bermain di sana beberapa jam,kami kembali pulang ke hotel untuk membersihkan diri.Bagi saya,saat ini agak seronok kerana diantara 5 orang pelajar lelaki,hanya 2 orang sahaja adalah Islam.Bagaimana kami menunaikan solat didalam satu bilik dengan teman yang lain.Ketika kami sedang bersolat,alangkah kagumnya saya apabila teman saya beragama Kristian bergerak menutup television ketika kami solat.Ketika kami sedang bersolat,mereka yang lain sangat menghormati kami dan tidak berbuat bising..Tq Brien,Prestly dan Kelvin.:)
 
Pada malam itu,kami telah mengikut night walk yang mana kami terpaksa berjalan kaki sejauh 2 kilometer.Berjalan dalam keadaan menggunakan lampu telefon dan cahaya lampu suluh penjaga kami memang agak sukar kerana tidak nampak apa yang berada dibawah.Dalam perjalanan itu,kami beberapa kali menemui labah-labah Tarantula berwarna hitam berada didalam sarangnya.
 
Dalam perjalanan panjang itu juga,kami dibawa ke air terjun didalam hutan.Dari jauh sudah kami mendengar bunyi airnya yang deras.Malah kedengaran juga bunyi-bunyi binatang seperti burung-burung dan lain-lain lagi.Terjumpa juga kelip-kelip yang sangat cantik didalam hutan yang gelap dan binatang-binatang berbisa seperti sejenis lipan yang agak menakutkan.
 
Apa yang saya dapat disini ialah bahawa semua yang berada disisi kami sedang berzikir kepada Allah.Deruan air terjun,bunyi binatang didalam hutan itu,daun-daun pokok dan seluruhnya sebenarnya sedang berzikir kepada Allah.
Firman Allah s.w.t
“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
 
(Surah Al-Hasyr : 1)
 
Setelah berjalan sejauh 2KM didalam hutan,kami akhirnya sampai kembali dengan selamat di hotel dan masa untuk rehat.Kesemua cikgu sudah masuk dalam bilik mereka dan tidur manakala kami masih lagi bercerita panjang lebar sehingga tengah malam.
 
 
Diari:Hari Kedua
 
Alhamdulillah,Allah masih memberkan peluang untuk terus menghirup udara-Nya.Pagi itu keadaan terlalu sejuk sehingga begitu susah untuk solat subuh ditambah lagi sebaik mengambil wudhuk.Bergetar-getar.Haha.
 
Setelah semuanya bangun,kira-kira jam 7 pagi kami semua pergi ke One Tree Hill Cafe untuk menikmati sarapan pagi sebelum memulakan aktiviti seterusnya jam 10 pagi.Sarapan yang sangat menyelerakan.
Setelah sarapan,sementara menunggu untuk aktiviti seterusnya,banyak yang berehat di kawasan lobi.Pengetua dan Cikgu Ivy masing-masing membaca surat khabar.Kami yang lain berjalan-jalan mengelilingi kawasan sekitar.
 
Pada jam 10,kami telah dibawa mengelilingi kawasan Borneo Tropical Rainforest.Kami dibawa ke sekitar kawasan Sarawak Pavillion(Tempat BBQ yang mempunyai mini waterfall),Domestic Farm(kawasan ternakan itik,ayam,kambing biri-biri),Orchard Fruit Farm (Kawasan kebun untuk tanaman seperti nanas,buah naga,kelapa,durian,rambutan,local laici,dan banyak lagi),Boat Ride(dibawa mengelilingi tasik sambil melihat proses membagi makan kepada ikan-ikan), dan kami juga dapat melihat pemandangan indah dari kawasan tinggi seperti dapat melihat bukit yang menyerupai wanita sedang berbaring.
 
Setelah letih dalam perjalanan jauh itu,kami kembali ke hotel dan terus makan tengah hari.Makanan yang sanggat menyelerakan.Haha.
 
Setelah makan,kami kembali ke bilik dan berkemas untuk pulang.(masih tidak puas!).Haha.
 
Penutup:Mengakui Kehebatan-Nya dan Menginsafi Kekerdilan Diri
 
Firman Allah s.w.t.
 
Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.
(Surah Ar-R’ad)
 
Walaupun perjalanan kami agak singkat,namun banyak yang saya pelajari daripada alam sekeliling ini.Keindahan dan keunikannya membuatkan diri ini berasa malu dihadapan Allah kerana selama ini diri ini sombong kepada-Nya padahal siapalah diri ini yang tidak mampu untuk menciptakan alam seindah ciptaan Allah.
 
Melihat bukit bukau dan pohon-pohon yang tingggi dan besar membuatkan saya terfikir siapalah saya yang tidak terdaya untuk menciptakan semua ini.Jika selama ini saya selalu alpa pada diri-Nya,maka malunya saya apabila bertemu dengannya satu hari nanti.
 
Jadi,sesungguhnya alam sekaliling ini mampu mendidik kita untuk lebih mengenali Allah.Mengakui kehebatan dan kebesaran-Nya dan mengakui kelemahan dan kekerdilan diri kita.
 
Semoga boleh ke sana lagi untuk cuti sekolah bersama keluarga…:))..InsyaAllah..:)
 
 
 
 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

Label: , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: