RSS

‘We Teach We Learn’

19 Apr

BISMILLAH

Dengan Nama Allah kumulakan penulisan ini

Semoga memberi kesedaran kepada saya yang menulis dan anda yang membaca

Tiada lain harapan saya melainkan agar penulisan ini dikira ibadah kepada-Nya

 

..We Teach We Learn..

 “We Teach We Learn”

Kata-kata salah seorang ustazah disekolah saya masih lagi dalam kotak fikiran saya untuk terus dingati dan dipraktikkan.

Makna ayat tersebut ialah Kita mengajar Kita Belajar.Maknanya sewaktu kita mengajar sesuatu kepada orang lain,maka kita juga belajar apa yang kita ajarkan.

Bukannya kita hanya mengajar orang lain tapi kita sendiri tidak mempraktikkan apa yang diajarkan.

Ustazah itu mengingatkan saya dan kumpulan usrah kami sewaktu selesai mengadakan usrah mingguan bersama adik-adik ditingkatan 1 dan 2.Kami diingatkan supaya bukan sahaja mengajar dan memberikan kefahaman Islam kepada adik-adik junior tapi juga perlu memperbetulkan diri dan belajar dari apa yang diajar.

Bagi diri saya sendiri,saya mempunyai blog ini sebagai medan untuk saya menyampaikan tentang agama,namun kadang-kadang saya terfikir adakah saya benar-benar mengerti dan mengambil semua yang saya sampaikan di blog saya ini.

Sebagai umat Islam,kita mestilah menyampaikan atau memberi peringatan antara satu sama lain supaya selalu mengingati Allah dan bertaqwa kepada-Nya.Firman Allah s.w.t.

“Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,menyuruh (berbuat) yang maaruf,dan mencegah dari yang mungkar. Dan merekalah orang-orang yang beruntung”

(Surah Ali-Imran :104)

Dalam masa kita menyampaikan itu,kita perlulah juga faham dan mengambil iktibar dari apa yang kita ajarkan.Sebagai contoh,kita mengajar orang lain supaya menutup aurat,namun dalam masa yang sama kita sendiri tidak menutup aurat kita,bagaimana orang lain boleh menerima apa yang kita ajar jika ‘model’ mereka itu sendiri tidak menunjukkan akhlak yang baik.Sudah tentunya matlamat kita itu tidak akan tercapai.

Seperti kumpulan usrah kami,kami diberikan amanah untuk menjalankan usrah dan tarbiyyah kepada adik-adik sesi petang disekolah kami.Diberikan kepercayaan oleh ustazah untuk menyampaikan dan menerapkan Islam dalam diri adik-adik tingkatan satu dan dua.Jadi,akhlak kami adalah yang utama perlu dititikberatkan. Bagaimana akhlak kami didalam sekolah dan apabila diluar sekolah.Sudah tentunya kami telah menjadi public figure bagi adik-adik kami.

Jika adik-adik kami melihat akhlak kami diluar tidak sama seperti apa yang disekolah sudah tentunya kami akan dipersoalkan oleh mereka dan sudah tentunya adik-adik tadi susah untuk berubah dan mungkin ada yang tidak akan berubah kerana mereka melihat bagaimana kami yang menyampaikan tadi pun sama seperti mereka dan tiada ciri-ciri seorang muslim yang baik.

Memang bukan mudah dalam berdakwah,setiap tingkah laku kita akan dijadikan pandangan umum.Jika ada kesilapan sedikit sahaja maka sudah tentu akan dijadikan isu.Dalam hal ini,tidak semua manusia itu sempurna kecuali Rasulullah s.a.w.,jadi tidak hairanlah jika ada berlaku kesilapan.Namun,ini bukanlah bermakna kita boleh lakukan kesalaha tanpa ada cubaaan untuk mengubah diri kepada yang lebih baik.

Jadi,konsep we teach we learn itu sangat baik dalam menjadi manusia yang bertaqwa dan melahirkan generasi yang bertaqwa.Bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. sendiri menyampaikan kepada umat manusia tentang risalah-risalah Allah dan dalam masa yang sama akhlak baginda adalah akhlak yang paling baik dan perlu dicontohi.

Kita mengajar manusia lain dan dalam masa yang sama kita belajar dan cuba mengubah diri kita sendiri kearah yang lebih baik dari sebelumnya.Bukannya kita mengajar orang lain tapi kita sendiri tidak mengambil apa yang kita ajar.Maka matlamat kita tadi iaitu menyampaikan Islam tidak akan tercapai.

Saya pernah berjumpa dengan seorang yang pergi rumah ke rumah menyampaikan Islam tapi dalam masa yang sama dirinya culas tentang kebersihan.Kebersihan adalah sebahagian daripada Islam.Saya terfikir bagaimana orang bukan Islam hendak tertarik dengan Islam jika orang yang menyampikannya itu dalam keadaan yang tidak terurus dengan janggutnya,rambutnya dan pakaiannya yang berbau.Dia sibuk menyampaikan itu ini tapi dalam masa yang sama perkara ringan dan mudah iaitu kebersihan tidak diambil berat.

Jadi,sebagai umat Muhammad s.a.w. kita hendaklah mempunyai akhlak yang baik dalam berdakwah.Kita hendaklah mempunyai akhlak yang baik sebelum kita menyampaikan sesuatu.Namun ini bukanlah bermaksud kita hanya boleh berdakwah bila kita benar-benar baik,tidak,tapi kita hendak belajar juga dan cuba untuk mengubah diri dari semasa ke semasa.InsyaAllah.

 
 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: