RSS

Ta’aruf Dulu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….

Dengan Nama Allah,Tuhan Yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa…Segala puji hanya untuk Allah serta selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. serta seluruh ahli keluarga dan para sahabat…..

 

Dengan izin Allah..Blog “..:.cAhaYa AgaMa Allah.:..”   telah berjaya dibuat sendiri oleh saya…

Namun,sebelum itu ingin pula saya mengenalkan diri saya kepada pembaca yang dimuliakan Allah…

Saya diberi nama Nuruddin Bin Sabali..Saya dilahirkan pada 13 Disember 1994.Anak kepada Sabali bin Othman dan Sapiah binti Ibrahim.Saya tinggal di Miri Sarawak.

Dulunya saya ini pernah bersekolah di Tadika An-Naim Lutong dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tudan dan kini masih lagi bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Merbau.

Dulunya saya hanya membaca blog-blog orang lain dan terdetik di hati saya untuk sama mencipta blog seperti orang lain.

Pada awalnya agak sukar bagi saya mencipta blog ini kerana tiada apa-apa bantuan dari orang lain.Alhamdulillah,dengan izin-Nya saya akhirnya mampu menghasilkan sebuah blog yang diberinama “..:.cAhaYa AgaMa Allah.:..”   dengan moto ‘Mengejar Cinta Ilahi’

Setelah terciptanya blog “..:.cAhaYa AgaMa Allah.:..”   ini,saya cuba manfaatkan blog ini dengan membawa para pembaca dan diri saya sendiri sebenarnya untuk sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Harap dengan terciptanya blog “..:.cAhaYa AgaMa Allah.:..”   ini,saya berharap untuk sama menyampaikan dakwah walaupun diri ini tidak layak untuk berdakwah dan diri ini lebih layak untuk didakwah…

Dengan terhasilnya blog “..:.cAhaYa AgaMa Allah.:..”  ini saya harap dapat saya gunakan sebagai medan perkongsiaan ilmu yang sedikit yang saya miliki supaya ilmu itu tidak menjadi tuntutan untuk saya di akhirat kelak.

Saya juga berasa sungguhbertanggungjawab dengan apa yang dicakapkan oleh insan mulia Nabi Muhammad saw iaitu

“sampaikan dariku walaupun satu ayat”…

Dan urusan atau tugasan dakwah ini bukan saja terletak pada bahu para ulamak,para ustaz dan ustazah malah tugas dakwah ini adalah taggungjawab setiap orang Islam.

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu.”

Surah As-Saff ayat 10-11.

Sebagai pemilik blog, besar harapan agar semua bahan-bahan dalam blog ini dapat dimanfaatkan dan boleh dijadikan bahan rujukan oleh semua pihak..Semua amalan yang baik ini semoga dapat keredaan Allah swt..

Segala kesilapan dan kekurangan adalah kelemahan dari saya.Oleh itu,teguran yang membina dialu-alukan.

Dan sesiapa yang ingin copy apa-apa bahan bacaan dari blog ini adalah amat dialu-alukan..Semoga usaha dakwah ini diberkati Allah..Ameen…

Sekian… “..:.cAhaYa AgaMa Allah.:..”   

Kalau ada apa-apa maklum balas atau apa-apa sahaja bolehlah e-mail saya

nurudin1312_danger@yahoo.com

~Nuruddin~

 

One response to “Ta’aruf Dulu

  1. Ahmad Ghoni

    20/03/2010 at 6:55 am

    Salam ukhwah dan perjuangan.
    Allahu Akbar!

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: